Saturday, November 27, 2010

.suka hati kau je cabut-cabut bulu eh!

Salam & Hola semua.

Lama CCP tak b'updated' kan. Ye! Ye! Nak updated lah ni. Al-maklom la. Gelombang final exam melanda. Ni pon updated pasal informasi je. Bukan cerita tentang diriku. Wah, ayat!

Ok, la. I pernah wonder pasal boleh ke cabut bulu misai rather then cukur. Korang pun mesti ada yang wonder pasal bulu-bulu lain kan. Haha! Meh, nak share ngn korang!

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :-

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. eg: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. eg: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Persoalan seperti bulu2 atau rambut2 selain dari yang diatas, dimasukkan kealam kategori ‘c’, eg: bulu dada, bulu kaki, bulu dipipi, bulu di tangan dsb.
Ulama’ khilaf didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak? Ada yang berpendapat bahawa mencabut atau mencukur bulu2 ini termasuk dibawah kategori mengubah kejadian Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-
  وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” – [al-Nisa’ 4:119]
Ada yang berpandangan bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah swt dan Rasulnya , maka hukumnya harus. Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama. Ulama’ al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syiekh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.
Beberapa petikan pandangan beberapa ulama’ :-
a. Fatawa dari al-Lajnah al-Daa’imah :-
لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه
“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” – [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 5/194, 195].
b. Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah :-

وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس
“Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala” – [Mawsuu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].
c. Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, panel Majlis Ensaiklopedia Kuwait :-

يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة 
للأدب.
“Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha’, dan berkata beberapa ulama’ bahawa ini bertentangan dengan adab” [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

6 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

ow ptot la lme x nmpk...
gudluck exm! :D

thanks 4 sharing the info..

bulu kaki tuh nak sgt.muehehe..
mcm hutan dahh...

farhana tupani said...

thanks for the extra information bro!

zamdayz said...

@puteri:

haha!
exam exam!

buluk kaki xpe bnyk. seksi!
bulu lain yg x boleh!
haha!

zamdayz said...

@farhana"

welcome!
:)

KimiCnoL said...

nak tanya sikit yang kategori 'a' tue..maksudnya cabut/cukur janggut hukum nya haram??
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Blogger Kene Rajin Menulis??"

zamdayz said...

@kimicool:

sebenarnya saya pun wonder about tuh. sbb setahu saya ramai yang cukur and cabut gak.

sy dah konfius.

K.I.V. dlu.
Huhu

Post a Comment