Tuesday, November 30, 2010

.Cerita Anak Ikan.



Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".
Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....Suatu hari nanti, anakanda akan diuji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara."

"Alam apa itu ibu?"

"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

"Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."

Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu..

Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata,
" Ahhhh...apa benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....", terlintas nafsu yang datang menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat...setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalam dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.

Monday, November 29, 2010

.Fakta Tentang BAB1.



Dia tak boleh kene sembelih. Sebab dia takde leher.

Dia tak leh berhenti makan. Dia makan je apa yang ade kat depan mata dia. Kalau makanan takde, dia muntahkan makanan dalam perut dia dan dia makan balik.

Dia makan kotorannya sendiri.

Penyakit yang disebabkan olehnya : kanser anus dan kolon.

psssttttt : Hanya perkongsian fakta ngan korang. Takde mengaitkan sesape. Haishh. Maaf tak letak gambar. Gambar carik sendirik eh!

.Jalan Pulang.

Salam Hola Semua.

Penat tapi seronok. Penat sebab tolong kemas barang + jadi babysitter + final exam. Seronoknya pulak sebab dah nak balik Sarawak. Setelah setahun lebih tak balik, sudah tiba masanya! Lama tak jengok kampung aku. My parent. My sibling.  My ayam. My itik. Haha. Macam mane la rupa kmpg aku sekarang eh ? Dah ada bangunan mencakar langit ke eh ? Mane la ta0 kan. Semenjak di bawah kepimpinan 1Malaysia nih kan. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan! LOL!

By the way, ade 3 trip keluarga aku yg ade kt KL ni akan balik Sarawak. Adik i dah pun balik dulu 2 hari lepas. Second, my sis sekeluarga yang dah tak balik 3 tahun. Third, will be my turn! Habis final, meroyan + mengular jap kat semenanjung, then balik! Haha! Seronok! Seronok! Seronok!

Sape nak ekot ? Jom !!!!

pssstttt: sape tao gecek sarawak ??? cuba tunjuk kat aku! hihi

Sunday, November 28, 2010

.Kes Boleh Masuk Aduan Rakyat.


Salam. Hola Semua.

Korang pernah tak menghadapi kes terkecik kan hati orang lain secara tak sengaja. Tup Tup Kecik hati. Siasat punya siasat tak tahu lak kenapa. Jumpa tak tegur dah. Nak kata salah cakap tak de la plak. Eh, ko kenapa hah? Buang tabiat ke ape? Tetibe kecik hati ngan aku. Apa kes !!!!!!! ?

Boleh ? Emosi macam tuh! Haha. Korang pernah jadik kes mcm neh ? Mesti pernah kan. Kan Kan Kan ?! Korang buat ape eh kalau macam tuh ?

Satu lagi kes was orang kecik hati bile baca entri blog yang kite buat. Padahal tak maksudkan sesape pon. Tetibe besar-besarkan hati pulak. Adoi, susah betol la! Sayang, jangan la kecik-kecik hati oi. Dok reti nak pujuk gano. Hahaha!

pssttttt : Sape ade kes-kes yang dinyatakan di atas, sila wat kat aduan rakyat eh. Hihi!

Saturday, November 27, 2010

.suka hati kau je cabut-cabut bulu eh!

Salam & Hola semua.

Lama CCP tak b'updated' kan. Ye! Ye! Nak updated lah ni. Al-maklom la. Gelombang final exam melanda. Ni pon updated pasal informasi je. Bukan cerita tentang diriku. Wah, ayat!

Ok, la. I pernah wonder pasal boleh ke cabut bulu misai rather then cukur. Korang pun mesti ada yang wonder pasal bulu-bulu lain kan. Haha! Meh, nak share ngn korang!

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :-

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. eg: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. eg: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Persoalan seperti bulu2 atau rambut2 selain dari yang diatas, dimasukkan kealam kategori ‘c’, eg: bulu dada, bulu kaki, bulu dipipi, bulu di tangan dsb.
Ulama’ khilaf didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak? Ada yang berpendapat bahawa mencabut atau mencukur bulu2 ini termasuk dibawah kategori mengubah kejadian Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-
  وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” – [al-Nisa’ 4:119]
Ada yang berpandangan bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah swt dan Rasulnya , maka hukumnya harus. Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama. Ulama’ al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syiekh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.
Beberapa petikan pandangan beberapa ulama’ :-
a. Fatawa dari al-Lajnah al-Daa’imah :-
لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه
“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” – [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 5/194, 195].
b. Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah :-

وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس
“Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala” – [Mawsuu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].
c. Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, panel Majlis Ensaiklopedia Kuwait :-

يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة 
للأدب.
“Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha’, dan berkata beberapa ulama’ bahawa ini bertentangan dengan adab” [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Sunday, November 21, 2010

.adeh! apa nak jadi nih!

salam semua.


Adoi! Pening! CCP ni dah lame tak ber'updated'. Bz katanya. Padahal mengular je lebih. Keluar sana-sini. Haha. Takde lah. Sehari tiga nih memang tak tahu nak update ape. Rasa lain macam je hati ni. Ahhhaaaa. Kenapakah? Entah. Salah makan ke ape. Salah bercinta kot! Haha. Boleh?

Dah nak first paper final kot lagi dua hari. Baca-baca tak habis lagi. Aku baca sebaris, facebook dua tiga baris. Adeh!!! Macam mane aku study nih! Huhu. Satu bab leh habis 2 jam, aku habis 5 jam. Adeh lagi! Apakah?

Sape ada jalan penyelesaian??

psssttt: apa nak jadi..apa nak jadi. sampai sekarang tak kawen lagi. haha!

Wednesday, November 17, 2010

.kisah Nabi Idris melihat syurga dan neraka.

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu ketika, buat kesekian kalinya Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawaku melihat syurga dan neraka?”
“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.
Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.
“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.
“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.
Waktu mereka sampai di tempat neraka, Nabi Idris terus pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyeksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan pelbagai seksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan berbanding tempat ini.
Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.
Wajah Malaikat Ridwan sentiasa berseri-seri dihiasi dengan senyuman yang sangat ramah. Sesiapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris kembali nyaris pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau  tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.
Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni syurga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.
Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.
Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”
“Silahkan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minuman yang begitu segar dan luar biasa enaknya. Tak pernah dibayangkan olehnya ada minuman selazat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.
Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi dia tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan syurga Allah.
“Saya tidak mau keluar dari syurga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.
“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.
“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.
Firman Allah:
“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).
***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Sumber Bacaan: Alkisah Nomor 01 / 3-16 Januari 2005

Gambar: http://www.eternalhell.net/Choices%20-%20heaven%20or%20hell.jpg

Tuesday, November 16, 2010

.mari kita singkap kembali kisahnya.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.


Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" 

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. 

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. 

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.


.si ibu dan si anak.

Ibu       : ******, buat ape tuh? Asyik tengok tv je.


Anak   : Ye la mak. Dah cite dalam tv ni best-best!

Ibu       : Kalau macam tuh sampai besok la kamu tak habis-habis tengok tv. Dah la tuh. Cuba la tolong mak nih.

Anak   : La, jap la mak. Cite best ni.

Ibu       : Mak dah sakit badan dah ni. Cuba la kamu tolong basuh pinggan kat dapur tuh ke. Sapu rumah ni ke. Mak balik bersepah je!

Anak   : Ape mak? Basuh pinggan? Sapu sampah? Tak nak la mak. Keje pempuan tuh. Mana boleh laki buat. Kang tak pasal-pasal macam cik siti nak pegang penyapu semua. Uhhuuu.

Ibu       : Eh, kamu ingat pempuan je boleh buat keje tuh semua? Ada undang-undang ke agama ke kata pempuan je boleh buat keje tuh semua. Tak patah nya tulang kamu kalau buat semua keje tuh. Tak bertukar nya kamu jadi pempuan kalau kamu buat semua keje tuh. Cuba tengok ayah kamu tuh, ke dapur jugak kadang kala.

Anak   : Ala, mak ni. Dah bebel dah. Yela-yela orang buat jap lagi.


psssttttt: 'jangan lawan cakap mak eh.dosa nanti.setiap kata-kata mak tuh ada benarnya.tengok la hasilnya bila dah besar'

Monday, November 15, 2010

.suka hati je bogel-bogel.

.salam semua.

Tepuk dahi bile baca berita nih. Tapi, nak buat macam mane. Mungkin itu perkara biasa bagi mereka. Bagi kita yang orang kata penuh dengan nilai ketimuran nih jangan la ikut ye. Semakin runtuh akhlak moral anak bangsa nanti. Huh!



Kat AS, akan ada program realiti bogel. Wah, boleh tak tayang kat Malaysia? Please Please Please Kamu jangan nakal! Nak kene pelangkong. Kucar kacir dibuatnya nanti. Ujibakat program tuh memang dieorang kene bukak SEMUA ye. Tanpa seurat benang pon. Adoi, ape la lagi nilai yang ada kat individu tuh dah kalau semua yang ada nak tayang kat dunia. Dah macam takde nilai dah. (Dunia memang dah nak kiamat. Masya Allah). Ujibakat program tuh buat kat Resort Caliente kat Tasik Land O, AS. Resort ni memang untuk orang bogel-bogel punya! Dah biasa bagi mereka. Kau tengok aku punya, aku tengok kau punya. Haha!


[salah seorang peserta ujibakat]
*sumber: Kosmo Online

psstttttt: jangan bogel-bogel tau! haha.

Sunday, November 14, 2010

.pengalaman baru plus plus plus.

.salam semua.hola.


Semalam adalah hari yang sangat mendebarkan bagi aku. Tapi, buka yang pertama lah. Dah banyak jugak melalui hari yang mendebarkan. Tapi, semalam aku rasainya kembali buat kali ke berapa entah. Walaupun dah banyak kali melalui hari yang mendebarkan, tapi semalam tetap masih tidak dapat control keadaan. Last-last baru dapat. Semalam perasaan debar die lain sikit. Tak macam yang aku pernah rasa sebelum. Ye la. Mungkin pengalaman pertama bagi aku. Mungkin bagi sesetengah pihak, ala biasa je lah. Tapi, disebabkan tidak pernah terfikir untuk lalui benda nih, tetiba aku rasa sgt nerves. But, finally aku boleh jugak cool down diri aku. Bak kata kawan aku, 'bersedia untuk beraksi!!' Haha.


Pada minit-minit terakhir aku baru dimaklumkan akan ada photoshoot untuk satu contest yang aku pernah join awal taun nih. Apakah? Baju aku, accessories aku, semua kat hostel kat Tg Malim. Aku kat KL. Last-last, aku pakai cikai je g ke tempat kejadian. Naseb bek penganjur sediakan baju. Lega sikit. 

Aku ngn member memang gemar jugak la photoshoot-photoshoot ni. Tapi, sembarangan je. Untuk sesuka hati dan menghilangkan stress. Erk? Tapi, kali ni nak kene ber'photoshoot' dengan orang yang lebih berpengalaman dari kami yang budak baru belajar. Sblm photoshoot, makeup2 sikit. First time lagi. Muka aku ni tak pernah lagi kene 'faoundation' ke ape ke. Tetibe kene semalam. Haha. First experience bagi aku n kawan aku jugak. Dua orang lagi. 

Aku photoshoot dalam 'sauna' kot bro! Panas! Tapi best tau! Setiap peluh yang mengalir tuh macam mengiringi setiap posing yang aku cuba buat. Haha. Nice! Menarik! Siyes! Aku tak tipu! Even panas dengan peluh yang mencurah-curah, aku rasa macam usaha tu berbaloi jugak. Sangat! Berpanas hujan ni pengalaman pernah dilalui lah. Boleh handle. Tak kesah sangat. Tapi tu lah. Sian kat make up ala-ala simply siti tuh la. Tak sempat nak menjamah muka aku nih, dah terpaksa berundur. Huhu!

Btw, thanx a lot kat PAKWE and his FRIENDS yang dah banyak bantu semalam. Sangat berterima kasih dengan nilai jutaan dan ribuan. Walaupun beliau tak ajar directly, tapi ada sesuatu yang aku dah pelajari secara tak langsung. Pakwe adalah penganjur contest ni. Contest ICON PAKWEKU (http://pakweku.blogspot.com/). Adoi, layak ke aku nih. Huhu.

Ni la die sikit sisipan dari semalam. Masa nih dah lencun dengan peluh. Habis basah semua. Tu yang semua dah terbukak tuh. Pakai selipar je. Cikai habis last-last ni tangkap guna hp je. Camera persendirian tertinggal kat rumah. 

'Budak Baru Belajar'

[Afzam & Zami]


[Adie & Afzam]


pssstttt: eh, nape aku rasa posing aku over plak kat cni.adoi, mata la aku. dah macam patah riuk je aku tgk!

.pengadil yang tidak adil!

.salam.hola to all.


Geram jugak rasa hati bile tgk match Malaysia lawan China semalam. Bukan geram Malaysia tu kalah. Tapi geram sebab ada segelintir individu yang suka bermain dengan erti keadilan. Apakah? Dah kalau sampai tiga orang yang mendapat kad merah. Kalau macam tuh, ada tak kad merah untuk pengadil? Kalau ada aku nak tayang dulu! Ingat suka-suka ke nak tayang kad merah. Kalau dua-dua pihak sama dapat takpe, tapi masalahnya sebelah pihak tu nampak macam suci sangat. Sampai semua nampak betol! Sangat tidak adil. Kalau dah tak tahu nak jadi pengadil, ambek kelas pengadil balik. Dia lupa kot. Tak pun, dia memang suka warna merah. Atau dia konfius antara kad kuning dgn kad merah (cuba berfikiran positif). Orang macam ni kita boleh buang ke planet lain! Selamat jalan!

[ Ben Williams, 'pengadil' dari Australia ni memang suka tayang kad merah]
*sumber : Kosmo Online


psssssttt: Malaysia kalah badminton kot. Bukan dengan China, tapi dengan Thailand. Apakah ?