Showing posts with label .CCP.. Show all posts
Showing posts with label .CCP.. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

.suka hati kau je cabut-cabut bulu eh!

Salam & Hola semua.

Lama CCP tak b'updated' kan. Ye! Ye! Nak updated lah ni. Al-maklom la. Gelombang final exam melanda. Ni pon updated pasal informasi je. Bukan cerita tentang diriku. Wah, ayat!

Ok, la. I pernah wonder pasal boleh ke cabut bulu misai rather then cukur. Korang pun mesti ada yang wonder pasal bulu-bulu lain kan. Haha! Meh, nak share ngn korang!

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :-

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. eg: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. eg: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Persoalan seperti bulu2 atau rambut2 selain dari yang diatas, dimasukkan kealam kategori ‘c’, eg: bulu dada, bulu kaki, bulu dipipi, bulu di tangan dsb.
Ulama’ khilaf didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak? Ada yang berpendapat bahawa mencabut atau mencukur bulu2 ini termasuk dibawah kategori mengubah kejadian Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-
  وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” – [al-Nisa’ 4:119]
Ada yang berpandangan bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah swt dan Rasulnya , maka hukumnya harus. Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama. Ulama’ al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syiekh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.
Beberapa petikan pandangan beberapa ulama’ :-
a. Fatawa dari al-Lajnah al-Daa’imah :-
لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه
“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” – [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 5/194, 195].
b. Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah :-

وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس
“Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala” – [Mawsuu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].
c. Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, panel Majlis Ensaiklopedia Kuwait :-

يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة 
للأدب.
“Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha’, dan berkata beberapa ulama’ bahawa ini bertentangan dengan adab” [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Sunday, November 21, 2010

.adeh! apa nak jadi nih!

salam semua.


Adoi! Pening! CCP ni dah lame tak ber'updated'. Bz katanya. Padahal mengular je lebih. Keluar sana-sini. Haha. Takde lah. Sehari tiga nih memang tak tahu nak update ape. Rasa lain macam je hati ni. Ahhhaaaa. Kenapakah? Entah. Salah makan ke ape. Salah bercinta kot! Haha. Boleh?

Dah nak first paper final kot lagi dua hari. Baca-baca tak habis lagi. Aku baca sebaris, facebook dua tiga baris. Adeh!!! Macam mane aku study nih! Huhu. Satu bab leh habis 2 jam, aku habis 5 jam. Adeh lagi! Apakah?

Sape ada jalan penyelesaian??

psssttt: apa nak jadi..apa nak jadi. sampai sekarang tak kawen lagi. haha!

Sunday, November 7, 2010

.suka sebab menarik tertarik.

.hola frens.

yahooooooooooooooooooooooooooo. aku dah dapat template yang sesuai untuk blog aku. sangat suka (sambil lompat bintang) thanx tu:

 BUDAK LELAKI SEBELAH PINTU

yang dah suggest and tolong masukkan template ni. love u dear. hehe.

so, ape pendapat korang? sesuai tak template ni? korang suka tak? kalau suka, kene lah baca story dalam CCP ni hari-hari k. Insya Allah, kalau ada masa CCP akan updated selalu. kita sharing-sharing: give and take ok.!!

.PEACE.


Saturday, November 6, 2010

.kisah petang sabtu.

.salam korang.

.petang tadi aku tengah sebok la setting blog aku nih. sana-sini nak kene tambah buang. pening kepala aku. tengah aku syok-syok and bergaduh dengan internet yang lambat serta lembap tuh, setting aku punye blog ni tetibe aku dengar bunyi dentuman yang tak berapa nak kuat. "gedebukkkkkkkkk". macam bunyi buah durain jatuh pun ada. aku pun pelik la. mula-mula wat don't know la kan. sebab concentrate men'setting' blog CCP aku ni. selang 5 saat lepas tuh aku pun tergerak hati la nak tengok kat luar what happen. u know wat happen. Ya Allah. Excident!!!!!!!!!!!!!!!! kereta proton iswara melanggar tiang lampu tepi jalan kat flat perumahan aku duduk ni. perghhhhh. apa kes. apa sudah jadi. merayap jugak mata aku ke kiri dan ke kanan mencari sebab musabab kejadian. aikkkkkkk....kat jalan tu takda sesape pon. ada kete tu sebijik je. macam mana leh excident. apa sudah jadi. adakah dia  :

1. mabuk.
2. dia tengah belajar bawak kereta.
3.ngantuk.

sila pilih jawapa yang mana.

tapi yang aku pelik lagi, kereta tu dalam kedudukan 90 darjah kedudukan perlanggarannya (macam ayat kimia pulak). adoi takkan la orang tu excident kat jalan lengang macam tuh sampai berpusing 90 darjah. padahal takde orang kacau dia pon. huhu. boleh jadi eh korang???? ape-ape pun memang teruk jugak la aku tengok. aku malas la nak turun bawah. aku dah la duk tingkat 6. ambil masa lak nak turun. tapi takpe. sebab dalam masa 5 minit dah berpuluh orang datang ke tempat kejadian. seperti biasa, jalan menjadi jammed. ape yang dieorang buat eh : sekadar melihat atau membantu. Prihatin kan rakyat Malaysia. bagus!! tapi yang aku sakit hati ni ada lak sorang mamat ni tgh ambek-ambek gmbr. orang tengah nk sebok selamatkan mangsa, dia dok sebok ambek gmbr. ade ke patut. fuhhh. rasa nak ****** je. 

masa aku nak keluar tadi sempat la aku tengok keadaan/kondisi kete tuh. remuk habis depan kete tuh. cermin depan hancussssssssssssssssss berderai atas tanah. memang teruk. mangsa kejadian aku tak pasti lak macam mana keadaan nya. tak sempat nak bertanya. harap dia selamat. amin. 

Tuesday, November 2, 2010

.kemunculan kali kedua.

salam semua.

Just nak share ngn korang this is my new born blog. Mari tepuk tangan ramai-ramai. Clap clap clap. Thanx sambil senyum sampai telinga. Hehe. 




Blog sebelum ni dah kene delete sebab virus melanda tanpa diduga. Sedih tol. Penat kumpul follower ramai-ramai nak g berperang. Tetibe kuda pancit kaki. Haha. Maka, terpaksalah delete blog tu dan buat blog baru. Anyway masih mengekalkan nama blog .cerita cili potong. (CCP). hehe. Now baru sempat buat blog baru walaupun dah sebulan lebih delete blog yang 'bervirus' tuh. Al-maklum la. Student katakan. Sebuk sana sini. Tesis nak kene siapkan. Esaimen. Keje rumah. Fuhh. Banyak. Student lain tau n faham la kan. Tapi ada jugak yang boleh buat dua-dua. Stadi + berblogger. Menarik. Hahaha.

Watever it is. Harap blog ni tak kene virus lagi. Harap-harap virus tuh dah masuk liang lahad. Huhu. Hope korang yang pernah follow my blog sebelum ni leh follow balik my blog.