Saturday, October 13, 2012

Apa Orang Kata.

Salam.

Holla.

Entri kali ni nak cakap pasal apa yang orang selalu kata dan cakap kan. Kadang-kadang kita selalu dengar cakap orang daripada kata hati kita sendiri. Tapi, ada jugak la kata-kata orang tu yang kita boleh ambil sebagai pengajaran dan iktibar. Kita sendiri pun dah boleh pikir mane yang baik dan tidak.

Pada pengalaman aku sendiri, ni yang orang selalu kata lah kann:

1. Kalau nak buat sesuatu, buat betol-betol. Tapi jangan over confident!
2. Cakap kat orang lain bukan main, tapi diri sendiri pun tak betol.
3. Mulut jangan celupar nanti merasa makan cili api.
4. Tindakan tak sama dengan apa yang keluar dari mulut. (susah la macam tu kan!)
5. Kalau buat sama-sama, satu satu kerja tu mesti akan jadi senang.
6. Tak cantik tape, jangan tak pandai sudah.
7. Biar ilmu setinggi langit, jangan dungu segunung.
8. Kalau kita buat keje ikhlas, Tuhan mesti akan bukakan hati kita dan orang di sekeliling kita.

Setakat ni, tu je la yang aku selalu dengar. Tapi kalau ada yang lain yang lagi dahasyat dari ni, itu ikut pengalaman masing. Nak share pun boleh. Tunggu next entri pulak ye. Adiossss!

Friday, October 12, 2012

Memang Cun!

Salam.

Holla.

Time ni nak kongsi lagi satu benda dengan anda. Kepada yang suka, teruskan. Kepada yang kurang tu, lupakan. Tapi tak rugi pun kalau tengok je dulu.

Cuba tengok yang ni.

 Cun ke tak?!
Interesting is it?!

Dan komen personal aku untuk kain ni:-

# Kain ni menampakkan corak yang abstrak. Sape yang pakai nanti mesti akan kelihatan elegan dengan gaya penampilan yang cun! 

# Kain ni sesuai untuk semua orang sebab corak dan warna yang sederhana. (sedap mata memandang).

# Kalau pakai baju dari kain ni sambil mengenakan tudung/selendang berwarna pink lembut, pasti lebih cun!

# Harga kain ni sangat sesuai dengan ciri-ciri dia.

So, kalau nak tahu lebih lanjut tentang kain-kain ni semua, boleh terus bukak link kat bawah ni.


It's Friday.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Salam jumaat.

Holla.

Hey. Whatsapp guys? Hehe. Hope all of you fine! For the long time dah tak update blog yang semakin berlapuk ni. Haha. Tengah nak buang lapuk-lapuk la ni. Shuh shuh!  At least satu dua entri ni boleh elakkan blog aku ni daripada berkarat. (Japgi blog ni merajuk matilaa aku!) Lols.

Saja. Sempena hari jumaat yang mulia ni, nak share balik dengan sume pembaca tentang fadhilat hari jumaat. Mane tau dah lupa ke, so saja nak ingatkan balik. Saling ingat-mengingati sesama saudara islam. (Wah, tetibe mood bertukar selari dengan kemuliaan penghulu segala hari ni. Dush!). Ok ok. Kembali kepada fitrah semula. Baiklah. Berikut  merupakan antara fadhilat hari jumaat:

1. Hari Kiamat tu berlaku pada hari jumaat. (Adakah kita sudah cukup bekalan?)
2. Nabi Adam a.s. diciptakan pada hari jumaat dan turut disingkirkan daripada syurga pada hari jumaat.
3. Hari jumatlah penghulu segala hari.
4. Memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat kebaikan, menyembuhkannya daripada penyakit dan mendapat keselamatan. (Jom potong kuku!)
5. Doa yang diucap antara dua khutbah akan dimakbulkan. (amin.amin.)


Semoga sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat semua. Jumpa lagi. Salam.
 

Thursday, September 13, 2012

Saja Main Taip-Taip.

Salam.

Entry ni saja nak cakap Hai kat korang. That's it!

Kbai!

Monday, July 16, 2012

PILIHAN MESTI YANG TERBAIK!

Salam hola.

Hey apa kabar semua? Harap sihat di samping menjalankan rutin harian dan kerja masing-masing. Tinggal beberapa hari lagi dah nak puasa. Wah cepatnya. Neves pun ada ni. Hee. Semua dah ready? Fizikal dan mental? Hopefully jawapannya ya! Hehe.

Just nak share something dengan kalian guys. Bulan Ramadhan dah nak tiba. Then, kita sambut Syawal pulak. I yakin semuanya tengah pikir-pikir pasal baju raya rite? Jangan nak tipu cakap tak. Hahaha. Macam I ni, kain baju rayanya dah ada, cuma tak hantar kat tailor je lagi. Sedihh. Kes-kes lambat buat baju raya ni selalu berlaku. Jadi, I yakin kita tak nak benda macam ni berlaku pada diri sendiri kan. Motifnya nak cadangkan satu website menjual kain baju raya kat kalian guys. Kalau anda jenis yang sibuk bekerja sepanjang masa sampai tak sempat nak shopping, baik lihat dulu website ni. Mane tau berkenan. Kain-kain yang dijual adalah yang direct ‘segar dari ladang’ (wah macam tajuk entri sebelum ni.hehe).  At least sekarang dah boleh order dan siapkan masa bulan puasa nanti. MASIH BELUM TERLAMBAT!
 
Sebelum ni I penah share kat kalian tentang website ni. Thats was the first batch. Ini yang second, third and fourth batch pulak. Kain-kain dia semakin cantik dan awesome. Contoh-contoh kain macam kat bawah ni:





Yang ni pulak telekung untuk sembahyang. Boleh belikan untuk adik, kakak atau ibu. This is nice! 


Ini baru sikit, ada banyak lagi pilihan dalam website yang dibekalkan di bawah. MAKLUMAT LENGKAP beserta ORDER FORM dan CONTACT NUMBER disediakan di dalam website ini. Tengok je dulu. Sure tak rugi apa-apa! Here the website :


Friday, June 8, 2012

Harga Terbaru Turun!

Salam.

Hi apa cite sume?  Kalau takde cite, meh baca cite kat sini. Bole kire gempak gak cite ni (bagi aku la). Hehe. Udah makan? Kalau belum makan, sila makan dulu ye. Aku dah makan tadi. Berjam-jam cuba connect handphone untuk jadikan broadband, baru sekarang menjadi. Fuhh, agak bengang jugak tapi sabar je la aku.

Ni nak kongsi dengan korang pasal kain. Eh kain lagi. Haa sekarang musim kain-kain tau. Kalau korang tak percaya cuba pegi kat mudah.my ke, pasar malam ke, jalan TAR ke, musti korang tengok kain di sana sini (eh bukannya bile-bile masa kain tu mmg ade ke). Eh hehe. Korang nak raya kan? Musti la nak. Dah tau tanya lagi. Bukan ape aku yakin dan percaya korang selalunya musti nak dua tiga pasang baju raya setahun. Lagi-lagi kalau yang baru dapat keje tu. Sebelum ni baju raya sehelai je setahun. Dah keje musti la nak berhelai-helai. Hehe. Baju pulak musti taknak kain yang sama pattern. Lagi meriah hari raya kalau baju berhelai-helai daripada kain berlainan pattern. Haa meriah suasana hari raya tu. Hee.

Sebelum ni aku ada share satu website pembekal kain atas talian dengan korang kan. Kain segar datang dari ladang tuu (panjang muncung). DELIVERY pun FREE. Harga pun ikut keadaan semasa. Tapi selepas dicongak-congak, baik revise balik harga tu selaras dengan pasaran dunia. Hehe. Maka, lepas revise, adalah harga kain makin kureng. Korang suke kan harga makin kureng ni. Kalau sebelum ni harga RM140, lepas congak-congak, HARGA TURUN jadi RM120. Banyak dah kureng tu! Macam contoh kain kat bawah ni. CANTIK lagi BERPATUTAN!



Jadi, aku share balik link website tu kat korang kat atas ni. Make sure klik tau!. Bukan ape, dalam website tu siap ada  perkara-perkara berikut:

1. ORDER FORM (begitu canggih)
2. NOMBOR TELEFON dan E-MAIL (yang boleh dihubungi)
3. MAKLUMAT LENGKAP PRODUK (disertakan sekali)
4. MUDAH lagi SENANG

Kalau ada apa-apa komen, potong la cili banyak-banyak kat bawah ni ye. Selamat membeli belah then! Hehe.

Wednesday, June 6, 2012

Kain Segar Dari Ladang!

Salam holla.

Hai korang. Sihatkah badan? Harap-harap sihat la kan. Senang nak buat keje harian masing-masing. Tetiba aku nak buat entri ni mesti la ade benda nak bagitau kan. Hehe.

Korang pun sedia maklum, puasa akan menjelang tiba (alhamdulillah-'Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna') Ehh feeling nyanyi japp. Lalalala. Lepas tu raya pulak menyusul tiba kan kann. Aku yakin korang mesti ada yang dah nak cari kain baju raya. Haa ada satu blog ni memang khas buat korang yang dah ade feeling2 nak sambut raya ni. Aku suggest kan blog ni kat korang. BACA dan LIHAT dulu. Takkan rugi apa-apa. Aku pasti korang akan berpuas hati. Terbaikkk!

Nahh satu untuk sedikit tatapan.

Haaa. Ada banyak lagi ye. Sila klik link kat bawah ni.



Kalau ada apa-apa korang kontek terus talian yang tertera dalam blog tu ye. Atau korang nak komen dalam kotak komen kat bawah ni pun amatlah dialu-alukan. Hanya yang terbaik dihidangkan untuk anda dalam blog tu. Siapa cepat dia dapat!
 
Selamat menjamu mata & Selamat membeli-belah ye! Sehingga bertemu lagi!
 

Thursday, April 26, 2012

Bukan Sebarang Keychain!

Salam hello.

Penat-penat balik keje ni terus update blog. Gigih jugak la kan. Haha! Apa kabar sume? Pastikan sihat ye!  Tak sihat jangan buat keje and jangan keje. Rehat banyak-banyak je. Malas-malaskan diri. Hee! Kali ni nak update pasal hadiah birthday kawan aku bagi. Sebenarnya dah belated sgt birthday aku ni. Tapi apa yg terharunya, kawan aku ni tetap nak bagi hadiah.

Penat-penat balik keje tetibe ada satu sampul pos ekspress atas meja. Pengeposnya amat-amat dikenali. Member aku sebilik, serumah, sekelas, sekereta ,sepadang, sepersatuan, masa stadi dulu. Bukak-bukak...eh keychain. Tepikir jugak kenapa kawan aku ni tetibe nak bagi. Call call tnya hadiah belated birthday daripada beliau katanya Yayyyyy! Hepi sangat. Dapat jugak hadiah kan. Tau sebab apa hepi sgt? Haaa ni lah satu-satunya hadiah aku dapat untuk birthday aku yg dah bebulan berlalu ni. Hee. Thanx ijat asni! Lambat-lambat pun still ada. Satu-satunya pulak tu. Nanges! Hahahaha!

Valuable price! Thanx fren!

Sunday, April 22, 2012

Makan Kerna Kalernya!

Salam holla.

Apa sihat semua? Amacam kehidupan sekalian? Harap ok la kann. Hujung minggu korang buat apa? Kalau aku la kann hujung minggu ni baru sempat nak online terutamanya nak update blog. At least update la kan. Xnak la biar blog ni bersarang sangat. Hee.

Lately mmg kerap makan kuih muih. Especially kalau time bekfes aku mmg prefer kuih muih. Apa yg best is bila aku nak pilih kuih mestilah yang cantik kann. Bole mcm tu? Hahaha! Yang penting kaler ye! Tengok la kuih-kuih yang aku pilih ni. Cantik kann!







Kaler tu memainkan peranan untuk setiap benda dan perkara. So, sama jugak la mcm kuih ni. Hahahaha! Untuk makluman, aku ni mmg arif bab makan kuih tapi bab nama kuih aku fail! Aku tatau pon apa nama-nama kuih kat atas ni. Kbai!

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011

Salam hola semua.

Eh eh. Aku update blog lagi. Macam tak caye pulak aku ada secebis masa nak buat entri ni. Untuk makluman aku buat entri ni smbl layan lagu Nera yea. Apa ke nama lagunya Hatimu Milikku. Adoi adehhh bukan main feeling lagi dengar lagu nih. Macam kene kat batng hidung sendiri pulak. Yang paling takleh blah ada macam-macam versi tajuk pulak lagu nih kan. Ada yg Hatiku Milikmu laa, Hatiku Milikku laa, Hatimu Milikmu laa. Watever la kan. Eh rasanya tajuk entri aku ni abpbh. Apasal pulak merepek pasal lagu Nera pulek ni.

Haa mesti sume nak buat entri pasal abpbh la kan. Walaupun sume nak buat entri pasal abpbh aku pun nak jugak laa. Alaa nak komen lat lat je. Aku pun bukannya pengomen yang baik pasal dunia hiburan nih. Sob sob.

Pendapat aku pasal abpbh 2011. Pendapat jea. Jangan la nak amik hati sgt. Heee.

1. Pengacara ramai sgt laa. Better buat 3 orang jek.
2. Sound system fail. Tak sedap bunyi di sana sini.
3. Muzik iringan tu macam tidak menyelesakan. Apakah ayat aku. Lantakkk!
4. Persembahan best-best and power-power.
5. Kenapa undi aaron tak sampai seratus ribu. Eh tu pun nak ckp yea.
6. Kenapa penari tak meriah kat dalam persembahan. Soalan ye.
7. Kenapa sharifah shahira tak menang. Ok pengsann.
8. Zizan nak makan aiskrim tu lawakkk. Hahahaha.
9. Ada pulak jom jom kat ending ombak rindu tu.
10. Santek topi wan maimunah. Larikk!

Sekian. Tahniah sume. Tahniah aaaron!

 

Sunday, April 8, 2012

Aku Tengah Free

Salam sejahtera.

Hai hai apa kaba ? Adakah sihat walafiat sejahtera hendaknya ? Mesti la sihat kan. Kalau tak tadelah korang mampu nak bukak blog ccp ni nak baca entri aku nih. Haha. Apa-apapun nak bagitau la kan the last time aku buat entri bulan ogos taun lepas. Boleh semak kat previous entri ye! 

Haaa. Hebat tak hendaknya. Lama sudeh aku tak mengemaskini ataupun dalam bahasa asingnya 'update' blog ccp yang tak seberapa ni. Tetibe sekarang aku rasa nak update. Demam kott gamaknya. Takpun malam tiga malam dah mimpi pasal blog, tu yang gegeh nak update ni. Tambah tengah free hari ini petang ini jam ini detik ini dan saat ini, tergerak pulak jari jemari nak update blog.

Di kesempatan yang ada, nak meminta maap la pada yang mengikut blog ni. Lama dah tak update kan. Rasanya last time aku dah mintak maap tp takpelah aku mintak maap sekali lagi. Thanx laa kat sesapa yang follow blog ni. Tade cite hott hott pun. Baca benda santai santai je cukup. Tapi kalau ada cite hott mestilah aku nak buat entri gak kann. Mengaku!!!

Eh eh eh, semalam kan pegi IKEA. Makan meatball, karok karokan, jenjalan, nak maen bowling tak boleh ada tournament pulak. Geram geram geram tu je yang tak berjaya dilaksanakan semalam. But then berjaya beli laundry bag pun cukuplahhh. Yang penting IKEA. Eh hahahaha! Best best nanti nak datang lagi. Tu je la kott di kesempatan yang ada ni. Nanti post entri lain pulak. (eh lain macam je ayat last tu!) haaahahaha!

Salam habis..