Monday, November 8, 2010

.Layakkah Aku Menjadi Seorang Babysitter.

salam semua.

Hadoi. Lenguhnya tangan aku. Larat ke aku nak menaip panjang-panjang ni. Takpe lah. Alang-alang aku dah start ni. Teruskan je lah. Malam ni agak mencabar sikit peranan aku kat rumah. Bukan malam ni je, tapi sejak 2,3 hari nih peranan aku kat rumah agak mencabar (untuk seorang lelaki yang belum kahwin). Korang tau ape keje aku kat rumah semenjak bercuti study week ni. Aku adalah seorang BABYSITTER. Thank You. Thank You. For my sis punye baby. Berumur 3 bulan. Sangat comel. Baby pempuan. Nama diberi Alisha. Besar nanti, ada gaya macam nak jadi Ustazah Dato' Nur Bahiyah. Boleh?? Hehe. Bangga sikit (sambil senyum-senyum malu). Arghhh..sudahh. Jangan mulakan. Nanti aku makin merapu. Direct je.

Malam ni sajo aku perlukan sejam lebih untuk tidurkan baby Alisha ni. Meragam pulak dia malam nih. Susah sangat nak melelapkan mata. Aku letak dalam buai pun dia tak nak. Start la die nak bawak lagu Rock. Uwekkkk Uwekkkk dengan menggunakan pitch-pitch yang tinggi dan sedikit pecah ala-ala Ramli Sarip + sedikit manja ala-ala Ella. Ibu die tengah busy kemaskan rumah, solat and melayan karenah anak-anak dia yang lain. Selalunya aku letak dalam buai + nyanyikan lagu zikir untuk die (hehe), dia akan tidur. Malam ni kenapa entah die bertukar angin. Terpaksalah aku buat plan B. Iaitu dodoi dia sambil berdiri + jalan-jalan keliling rumah + nyanyi lagu zikir (guna suara suprano). Haaaa baru dia diam. Then, selang 10 minit dia bagun balik sebab abang-abang dia wat bising. Ok start balik. Dodoi sambil dukung + berdiri + jalan-jalan + nyanyi lagu zikir. Hampir 3 kali membuat kaedah yang sama. Sehinggalah ibu dia siap wat keje, then bawak dia tidur. Baru dia dapat tidur dengan aman. Fuhhh. Lenguh tangan aku. Lenguh sebab masa dukung tuh aku kene dodoi-dodoi + tepuk-tepuk + goyang-goyang sikit (ade eh). Ape-ape je lah. Yang penting dia tak melantunkan vokalnya dan boleh tidur.

Selama aku jadi babysitter ni, aku dah pecahkan sebuah kapal hiasan kat rumah kakak aku ni (sila tepuk dahi ye). Sebelah tangan dukung baby, sebelah tangan angkat buai. Last-last terlanggar kapar hiasan. Gedebukkkk jatuh pecah berderai tergolek macam kapal Titanic. Nasib baek baby ni tak nyanyi lagu Celine Deon masa kapal tuh jatuh berderai kan. Huhu. Matilah aku. Kene marah dengan abang ipar aku. Bak kata kakak aku kat jiran rumah aku "tengok la orang bujang tuh jaga baby sampai berjaya pecahkan kapal hiasan tuh". Then, dieorang gelak sama-sama. Lawak eh?

Untuk makluman korang, keje aku tidurkan baby je. Then, main-main dengan dia and jaga die supaya tak nangis. Keje lain seperti mandikan, susukan (hehe), pakaikan baju, and lain-lain tuh kakak aku yang buat. Tapi, akan diusahakan untuk dipelajari pada masa akan datang. LOL!

Then, apakah pandangan anda semua. Layakkah aku menjadi babysitter???

1.Layak
2.Tidak Layak
3.Tidak Pasti
4.Lain-lain (sila nyatakan) : .................................

Lenguh. Lenguh. Dah la stop sini dulul la. Later continue. Take care korang. 

.PEACE.


.baby Alisha masa lahir. Gambar untuk umur 3 bula tarak ye. Maaf. 
Ada macam muka I tak??


.sedikit makluman: Alisha = dilindungi Tuhan.

10 comments:

Hizami Li said...

tidak layak.
jujur ni.
wakakaka~

zamdayz said...

@hizami:

.memang pon.
.serius!
.haha.

Misshy Innz said...

belum layak ;D

err btw sygs , u put my blog in the wrong blog list .
saya kaum hawa .
hehe xD

zamdayz said...

@innz:

thanx.
and sori.
ok akan dibetulkan.
huhu.

Qarl said...

untung gile sape jd bini zam nnt

zamdayz said...

@Qarl:

.yup.boleh la recommend kat sape-sape eh. LOL!

DanieL AdiE said...

ADIE YAKIN ZAM LAYAK!!

~ DanieL AdiE ~

zamdayz said...

.thanx adie atas sokongan yang diberikan. :)

Prevailist said...

xpa... cuba lagi lain kali... mun kmk ada masa... lak kmk jaga... kmk dah jaga 3org adik kmk... bancuh susula... pasang pampers la... mahir okey! :P belajar dr kmk okey... hihi

zamdayz said...

.ok cikgu fikri. so, kitak nak madah kitak layak la menjadi seorang ayah dan ibu.? LOL!

Post a Comment