Wednesday, November 10, 2010

.penjaga kaabah kembali ke rahmatullah.

salam semua.


Innalillah. Dikhabarkan bahawa penjaga kunci kaabah iaitu Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi (82) telah meninggal dunia lewat kelmarin. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjidil Haram. Keluarga Al-Shaeibi adalah penjaga kunci kaabah sejak zaman jahiliah lagi. Dimaklumkan bahawa ia tidak diturunkan kepada anak-anak, tetapi hanya diwarisi oleh golongan tua sahaja. Keluarga keluarga Sheikh Abdulaziz adalah keluarga yang sangat dihormati sebagai penjaga kunci rumah Allah tersebut. Keluarga Al-Shaeibi mempunyai pertalian darah dengan keluarga Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad (SAW). Ketika ini terdapat seramai 370 orang dalam keluarga Al-Shaeibi di Makkah.




Baitullah akan dicuci sebanyak 2 kali setahun. Sekali pada pada pertengahan Syaaban dan sekali lagi pada pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.

Kunci Kaabah tidak berubah apabila pintunya ditukar, termasuk pintu yang terbaru, yang diperbuat daripada emas tulen. – Agensi

*Sumber: Berita Harian Online.


2 comments:

Unknown said...

innalillah..

ap said...

innalillah..info yg baek.. sblum nie xpenh thu tntg pnjga kaabah..thankzz ya.. =)

Post a Comment