Wednesday, February 2, 2011

.Kes Jumpa Tuan Pengetua.

" Tuan...saya pelajar praktikal dari UPSI. Memperkenalkan diri pada tuan sebelum melapor diri Isnin depan. (shake hand). Tuan ape khabar ? "

Haaaaa. My words. How is it ? Ok ? Biasalah. Jumpa bos besar. Bos besar kat SMART. Tau ? Alaaa. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib la. Kat mane ? Teluk Intan Perak le kome. haisssshhhh ~

Agak neves rasanya nak jumpa bos untuk pertama kalinya walaupun belum masa untuk melapor diri sebagai guru pelatih. Tapi bagi aku perlu jumpa sebagai "salam nak masuk rumah orang. Tak lah nanti masa melapor diri seolah-olah macam orang main serbu je ". As my senior said (jadi cikgu dah pun ). Haaaa. Pesan orang yang dah melalui PENTING. Thats why datang gak even jauh. Naseb bek kawan aku teman. Leh la kiteorng melalak dalam kete sepanjang perjalanan menuju destinasi. Haha !!

Tuan Pengetua kata hati-hati dengan budak-budak sekolah zaman sekarang. Ade yang berani kenyit mata dengan cikgu. Dieorang tak kira dah kita sape.

"Saya dulu kat sekolah lama kita tegur budak, budak cakap : Luu sapa ?!!!!" Haaiiyaaaa. Ini macam kah. Saya tak cakap banyak. Pannggggg!!!! Bergarisss!!! ", cerita beliau yang nampak sangat berpengalaman dalam dunia pendidikan negara kita nih. 

Aku pun jawab, " Oh. macam tu ye tuan. Budak-budak sekarang dah tak boleh beza antara kawan dengan cikgu agaknya. Baek tuan. Terima kasih sebab ingatkan saya. Isnin nih saya lapor diri "

Tu die. Haha. Neves. Neves. Nak practical. Geng. Doakan gua ya. Amin. Amin. Amin.
Taka care semua. Kalau tak sehat tuh makan ubat ye, Chowww dlu. See u soon !!

Salam.

 .jangan tengik aku, tengok bilik belakang tuh. bilik bos aku.


.teman seperjalanan ke destinasi.



Friday, January 21, 2011

.Macam Dot Dot Dot...!.

Adoiiiiiii.

Selalunya mula dengan salam. Kali ni hambek ko! Mula dengan adoiii pulak. Bukan suka suki nak adoi neh. Laptop aku dah buat hal untuk pertama kalinya! Haaa. Nak nanges ke gelak eh ??? Haisshhhh.

Macam mane aku nak update blog selalu nih??? Eh. Salah! Salah! Macam mane aku nak mengajar kat sekolah ni ??!!!! Nak buat powerpoint lagi. Nak tayang video kat budak-budak lagi!! Nak cari bahan untuk mengajar bebudak sekolah ni lagi. Arghhhhh. Rasa macam nak pegi Gunung Kinabalu je ! Jerit kuat-kuat kat atas puncak tuh!! Korang rase masalah saya ni boleh bawak kat Aduan Rakyat TV3 tak ?????

Huh!!! Nampaknya virus tuh dah menyerang laptop aku sampai tak boleh nak ON langsung. Tak guna ko virus. Aku guna racun tikus baru ko tau!!! Mampos ko aku kerjakan. Nak baiki mahaal tu!!! (kata abg kedai tuh). Baik aku gadai lagi bagoss!!! Ok tak cadangan tu korang ??? Bingung ! Bingung !

Dah. Puas rasanya dapat luahkan kat sini. Legaaaaa !!! Ok la. Jumpa lagi lain masa dan waktu. Bai Bai!!