Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011

Salam hola semua.

Eh eh. Aku update blog lagi. Macam tak caye pulak aku ada secebis masa nak buat entri ni. Untuk makluman aku buat entri ni smbl layan lagu Nera yea. Apa ke nama lagunya Hatimu Milikku. Adoi adehhh bukan main feeling lagi dengar lagu nih. Macam kene kat batng hidung sendiri pulak. Yang paling takleh blah ada macam-macam versi tajuk pulak lagu nih kan. Ada yg Hatiku Milikmu laa, Hatiku Milikku laa, Hatimu Milikmu laa. Watever la kan. Eh rasanya tajuk entri aku ni abpbh. Apasal pulak merepek pasal lagu Nera pulek ni.

Haa mesti sume nak buat entri pasal abpbh la kan. Walaupun sume nak buat entri pasal abpbh aku pun nak jugak laa. Alaa nak komen lat lat je. Aku pun bukannya pengomen yang baik pasal dunia hiburan nih. Sob sob.

Pendapat aku pasal abpbh 2011. Pendapat jea. Jangan la nak amik hati sgt. Heee.

1. Pengacara ramai sgt laa. Better buat 3 orang jek.
2. Sound system fail. Tak sedap bunyi di sana sini.
3. Muzik iringan tu macam tidak menyelesakan. Apakah ayat aku. Lantakkk!
4. Persembahan best-best and power-power.
5. Kenapa undi aaron tak sampai seratus ribu. Eh tu pun nak ckp yea.
6. Kenapa penari tak meriah kat dalam persembahan. Soalan ye.
7. Kenapa sharifah shahira tak menang. Ok pengsann.
8. Zizan nak makan aiskrim tu lawakkk. Hahahaha.
9. Ada pulak jom jom kat ending ombak rindu tu.
10. Santek topi wan maimunah. Larikk!

Sekian. Tahniah sume. Tahniah aaaron!

 

Sunday, April 8, 2012

Aku Tengah Free

Salam sejahtera.

Hai hai apa kaba ? Adakah sihat walafiat sejahtera hendaknya ? Mesti la sihat kan. Kalau tak tadelah korang mampu nak bukak blog ccp ni nak baca entri aku nih. Haha. Apa-apapun nak bagitau la kan the last time aku buat entri bulan ogos taun lepas. Boleh semak kat previous entri ye! 

Haaa. Hebat tak hendaknya. Lama sudeh aku tak mengemaskini ataupun dalam bahasa asingnya 'update' blog ccp yang tak seberapa ni. Tetibe sekarang aku rasa nak update. Demam kott gamaknya. Takpun malam tiga malam dah mimpi pasal blog, tu yang gegeh nak update ni. Tambah tengah free hari ini petang ini jam ini detik ini dan saat ini, tergerak pulak jari jemari nak update blog.

Di kesempatan yang ada, nak meminta maap la pada yang mengikut blog ni. Lama dah tak update kan. Rasanya last time aku dah mintak maap tp takpelah aku mintak maap sekali lagi. Thanx laa kat sesapa yang follow blog ni. Tade cite hott hott pun. Baca benda santai santai je cukup. Tapi kalau ada cite hott mestilah aku nak buat entri gak kann. Mengaku!!!

Eh eh eh, semalam kan pegi IKEA. Makan meatball, karok karokan, jenjalan, nak maen bowling tak boleh ada tournament pulak. Geram geram geram tu je yang tak berjaya dilaksanakan semalam. But then berjaya beli laundry bag pun cukuplahhh. Yang penting IKEA. Eh hahahaha! Best best nanti nak datang lagi. Tu je la kott di kesempatan yang ada ni. Nanti post entri lain pulak. (eh lain macam je ayat last tu!) haaahahaha!

Salam habis..