Sunday, April 8, 2012

Aku Tengah Free

Salam sejahtera.

Hai hai apa kaba ? Adakah sihat walafiat sejahtera hendaknya ? Mesti la sihat kan. Kalau tak tadelah korang mampu nak bukak blog ccp ni nak baca entri aku nih. Haha. Apa-apapun nak bagitau la kan the last time aku buat entri bulan ogos taun lepas. Boleh semak kat previous entri ye! 

Haaa. Hebat tak hendaknya. Lama sudeh aku tak mengemaskini ataupun dalam bahasa asingnya 'update' blog ccp yang tak seberapa ni. Tetibe sekarang aku rasa nak update. Demam kott gamaknya. Takpun malam tiga malam dah mimpi pasal blog, tu yang gegeh nak update ni. Tambah tengah free hari ini petang ini jam ini detik ini dan saat ini, tergerak pulak jari jemari nak update blog.

Di kesempatan yang ada, nak meminta maap la pada yang mengikut blog ni. Lama dah tak update kan. Rasanya last time aku dah mintak maap tp takpelah aku mintak maap sekali lagi. Thanx laa kat sesapa yang follow blog ni. Tade cite hott hott pun. Baca benda santai santai je cukup. Tapi kalau ada cite hott mestilah aku nak buat entri gak kann. Mengaku!!!

Eh eh eh, semalam kan pegi IKEA. Makan meatball, karok karokan, jenjalan, nak maen bowling tak boleh ada tournament pulak. Geram geram geram tu je yang tak berjaya dilaksanakan semalam. But then berjaya beli laundry bag pun cukuplahhh. Yang penting IKEA. Eh hahahaha! Best best nanti nak datang lagi. Tu je la kott di kesempatan yang ada ni. Nanti post entri lain pulak. (eh lain macam je ayat last tu!) haaahahaha!

Salam habis..


Saturday, August 20, 2011

.chak chak chak.

Bum Bum Chak! Bum Bum Chak!! Chak Chak Chak!!!

Hola Semua. Assalamualaikum wbt.

Adehh. Malunya nak tunjuk muka. Heeee. Aku tunjuk gigi je la (walaupun gigi aku tak lurus macam Dato, Siti. Bila la aku nak pasang braces ni! Eh haha!!) Maaf la semua. Dek kerana kekangan masa dan ruang, lama sudah tak update blog. Bukan sengaja tak nak update, tapi memang banyak kekangan dan komitmen yang tak dapat nak dielakkan. 

Apa ? Kene kasitau sebab ke!! Adehh. Mati la aku. Yela. Yela. Mari aku kasitau korang sebab-sebab kenapa tak dapat update blog sejak lapan (8) bulan yang lalu (mak aii!! 8 bulan dah ke tak update blog.batuk kering aku!!)

Oke guys, di bawah adalah rentetan peristiwa yang menghalang sikit untuk update blog ;

1. Laptop rosak (sedih jek.mother board rosak.terpaksa gadaikan!!)
2. Sibuk uruskan praktikal & berpraktikal. (Asyik marah je dalam kelas. Dah bebudak nakal sangat!)
3. Habis praktikal, sibuk cari keje part time. (Poket kosong tak best!!)
4. Sekali keje, ambek ko!! Keluar pagi, balik malam. Semua dah tido. Penat & letih, nak bukak laptop pun takde selera daa!
5. Di sebalik keje, nak kene uruskan konvokesyen. (Eh, aku dah habis belajar. Yayyyyyy!!!! Alhamdulillah.)
6. Last last, tuka keje lain la. Penat la weh keje tuh. Aku cari keje opis hour. Haaa, boleh cuti weekend. Ni yang aku dapat update blog now. Heeeee!!!
7. Lain-lain kes. (peristiwa menyayat dan mengguris hati pun termasuk sekali.sedih lagi.huuu.)
Haaa. Macam tu la rupa ceritanya. Harap korang memahami isi hatiku yang lara ni. Hahaha!! (mesti ade yang cakap: "huh, alasan jek!!") Dush. Dush. Sentap.



Insya Allah. Palinng kurang pun, akan cuba sedaya upaya update blog seminggu sekali. Tak janji. Tak janji. Hehe. Jaga diri guys. Nanti cerita lain pulak.

p/s: Puasa hari ke-20. Misi mengejar malam Lailatul Qadar bermula. Malam ni malam ke-21. Puasa, jangan tak puasa!!