Monday, December 6, 2010

.Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh ?.

                                                       Salam Hola.

"Ya Allah, Kau lindungilah tempat ini. Kau jauhilah rumah ini dari segala bencana."



Marilah sama-sama kita mendoakan akan kemegahan Masjid Al-Aqsa ini. Laporan akhbar Kosmo Online hari ni menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsa ini akan runtuh seperti yang dilaporkan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran.

Namun, dikatakan bahawa kenyataan oleh Ketua Angkatan tersebut hanya sebagai ujian untuk mendapat respons dari penduduk Arab.

Kita tahu bahawa keputusan untuk meruntuhkan masjid itu telah di buat oleh pembuat keputusan Israel. Cuma nak cari masa yang sesuai je. Kenyataan itu dikeluarkan selepas kerja-kerja menggali bawah tanah masjid tersebut dibuat oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel.

* Fakta tentang Masjid Al-Aqsa akan dibuat dalam entri seterusnya.

Sunday, December 5, 2010

.Suami Isteri Menonton Filem BLUE Untuk Belajar.

                                                                    Salam Hola Semua.

Entri malam ni agak sensitif sikit. Haisshhh. Sensitif ke? Hentah. Bukan nak maksudkan ape-ape. Cuma nak kongsikan dengan semua reader yang dtg kat blog CCP neh. Terbaca satu artikel tentang persoalan mengenai tajuk entri nih. Jom kita baca same-same.

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

Sekian.


Saturday, December 4, 2010

.Terkangkang-Kangkang Ambek Gambar. Haisshh!

                                                                          Salam Hola

Usai je last paper, terus nak shoot! Haha. Memang niat dah mcm tuh. Tapi, ala kadar je. Hanya untuk koleksi diri sendiri and kenangan dgn ma friends. Hehe!

Tempat ni memang cantik gila. Bukan tempat, bangunan nih tempat aku exam and amek gmbr nih. Sangat elegance. Haha. Tak pernah kuliah kat tempat nih. Final exam kali nih je tetibe kat bangunan nih. Apa lagi. Shoot la. LOL!

Pakaian:
Tajaan sendiri

Tempat:
Tajaan Proton

Kamera:
Tajaan Nik Hakim

Jurukamera:
Wan Faizal














[ Appreciate kat orang yang sudi lukis ma pic nih. Hehe ]

[ Hakim, Laili, Me, Ain, Acap, Wan Faizal ]


[ Haaaa...bakal chemist in the future. Ahhax ]


psssttttt: Next location ????? Hihi.



Friday, December 3, 2010

.Ahhhhh!.....Lega!

Sangat sukar untuk digambarkan ape yang dah aku rasa. Tak terungkap dengan kata-kata. Kelegaan yang teramat!. Malu k0t nak cakap. Tapi kelegaan yang aku rasa untuk kali ini berbeza sikit dari yang sebelumnya. 'Ahhhhhh! Hanya itu ungkapan yang mampu keluar dari mulut aku.

Aku sangat bersyukur pada yang Maha Esa sebab aku dah berjaya melalui final exam untuk kali ini dengan lancar tanpa halangan-halangan yang berat untuk aku lalui (nih ayat skema aku!). Aku dah abeh final exam!!!! Tesis dah settle!!!!Ahhhhhh!!!! Gila. Macam tak percaya! Aku dah tujuh kali melalui final exam kat menara gading nih. Tahun depan aku akan dilatih untuk melalui zaman pekerjaan aku nanti pulak. Praktikal!! Hehe.

Empat paper untuk final exam kali nih aku lalui dengan setenang yang mungkin walaupun ada perkara tersirat yang sering mengganggu fkiran aku. Aku kuatkan diri! Tenang! Alhamdulillah. Finally, i'm done! Thanx to my parent yang sentiasa doakan aku sepanjang 7 kali final exam yang dah aku lalui. Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Yang Satu.

Haaaaa..aku nak bagi bintang kat paper-paper yang aku dah lalui untuk sem nih. Hehe. Inilah motif utama. Haha! Bintang nih just menggambarkan macam mane aku jawab soalan tuh je. How I perform to answer the questions. Bukan markah or gred yang aku target akan dapat. Betul salah yang kedua na. Yang penting aku dah cuba jawab sebaik yang mungkin. Hehe

Daripada 10 stars, aku bagi kat :

First paper
7.5 stars

Second paper
8.0 stars

Third paper
7.0 stars

Fourth paper
7.5 stars


Suka suka aku je nih. Saje nak rasa bagi-bagi bintang. Jarang pulak buat kan. Bagi bintang kat performance sendirik pulak. Haissshhh. Tak malu!


pssssttttttt: Untuk kawan-kawan aku yang last paper esok, gudluck korang. Buat sehinggan titipan word terakhir ta0. Hehe

Wednesday, December 1, 2010

.Kaedah Ringkas Untuk Tambah Berat Badan Tanpa Weight Gain!

Salam..hola semua.

Jeng Jeng Jeng. Hari ni aku nak share sumething ngan korang. Aku baru dapat benda ni tengahari tadi. Masa sembang-sembang ngan kawan aku sorang hamba Allah nih. Dia tanya aku kenapa aku kurus sangat. Aku pun cakap tak tahu. Then, aku tanya la dia balik. Macam mane nak bagi badan aku nih berisi sikit. Macam badan die. Bergetah katanya. LOL!

Then, kondifen nya dia pun bagi tips-tips dia kat aku. Aku pun salin nih. Mane ta0 kan. Nak wat buku ke nanti. Or nak publish kat majalah ke. Hihi. Here are the tips yang bagi kat aku yang aku sempat salin tadi.

  1. Jangan banyak berjalan. Kalau boleh kurangkan. Banyakkan baring. Kalau boleh main laptop pun baring. Jangan duduk. Elakkan katanya.
  2. Bagi yang masih bergelar seorang pelajar tuh, elakkan berjalan. Cari inisiatif untuk kurangkan berjalan kalau nak ke kampus atau ke kelas. Beli motor ke atau guna kereta. Basikal pun elakkan. Sebab kayuh tuh nak guna tenaga.
  3. Simpan tenaga sebanyak mungkin. Elakkan banyak bercakap, ketawa or bergerak. Supaya tenaga dapat disimpan semaksimum yang mungkin.

Itulah sedikit sebanyak tips yang kawan aku share ngn aku tadi. Mudah katanya. Kalau nak dapat badan macam dia. Kenyal and bergetah! Haha!


pssssttttt: Pesanan penaja is fikir masak-masak dulu sebelum buat eh. Hihi.